Blog

Ombak Rindu Sebenar Telah Hadir Mengelisahkan Hati

November 21, 2019

OMBAK RINDU SEBENAR TELAH HADIR MENGELISAHKAN HATI

Ombak Rindu yang sering kita sebut-sebutkan dahulu telah hadir menemui penduduk di sekitar pantai di Terengganu dan Kelantan . Ombak rindu sebenar ini telah mengakibat penghuni di sekitar pesisir pantai menjadi gusar dan gundah gulana .
Namun setiap yang berlaku pasti ada kebaikannya, pejamkan mata dan cuba apa saja … [ lagu cinta muka buku by Najwa Latif ] .. hehe … Setiap yang Allah jadikan pastinya ada hikmah di sebalik kejadiannya … Pukulan ombak di pantai sangat mengerunkan bagi apabila kita mendengar bunyinya .. Ombak ini mungkin juga boleh menyebabkan ramai yang menitiskan air mata sekirannya tidak ditanggani dengan secepat mungkin kerana mungkin akan mengakibatkan kemalangan jiwa  ..

Kawasan Terlibat

Ribuan penduduk pesisir pantai di daerah ini serta sepanjang pantai Teluk Lipat, Dungun panik apabila kawasan tempat tinggal mereka dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar sejak seminggu lalu.
Kesan daripada kejadian itu mengakibatkan jalan raya yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun runtuh selepas dipukul ombak besar.
Fenomena luar biasa itu yang turut diibarat sebagai ‘tsunami kecil’ oleh penduduk tempatan dianggap sebagai kejadian paling buruk yang pernah berlaku di daerah tersebut.
Selain runtuhan jalan raya, puluhan pokok ru di sepanjang pesisir pantai berkenaan turut menyembah bumi sehingga mengancam keselamatan penduduk setempat.
Di kawasan kejadian semalam mendapati masih ramai pengguna jalan raya melalui kawasan runtuhan sepanjang dua kilometer itu walaupun pihak berkuasa telah meletakkan papan tanda amaran.
Seorang peniaga kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, mendakwa kejadian air pasang besar di pantai itu mula dikesan sejak minggu lalu sebelum bertukar menjadi lebih buruk kelmarin.
Katanya, situasi di kawasan itu juga dilihat tidak selamat apabila ramai menjangkakan ribut dan angin kencang serta air pasang akan berlaku dalam beberapa hari lagi.
“Selama saya tinggal di sini, inilah bencana paling buruk pernah berlaku sampaikan hampir keseluruhan jalan pesisir pantai runtuh.
“Saya nampak sendiri batu-batu besar dihanyutkan ombak,” katanya ketika ditemui di sini dipastikan waktu, semalam.
=====================================================================Pengusaha calet dan resort di pesisiran pantai Bachok dekat sini memohon bantuan kerajaan untuk membina benteng penghadang ombak bagi mengatasi masalah hakisan teruk yang berlaku di pantai itu pada setiap musim tengkujuh.

Pemilik Irama Beach Resort, lelaki, Zawadi Mustafa berkata, bantuan itu perlu bagi menyelamatkan lebih 30 pengusaha industri pelancongan tempatan daripada mengalami kerugian berterusan akibat kerosakan bangunan yang mungkin boleh menyebabkan mereka gulung tikar.
Beliau berkata, ombak besar yang berlaku pada musim tengkujuh sering membimbangkan pemilik pusat pelancongan dan penduduk tempatan kerana ia menyebabkan hakisan berlaku dalam tempoh yang cepat.
“Taman pelancongan yang dibangunkan Irama Beach Resort dengan perbelanjaan RM10,000 kira-kira lima tahun lalu sebahagiannya musnah dibawa ke tengah laut selepas dihempas ombak besar dua hari lalu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Zawadi berkata, masalah hakisan itu dapat diatasi hanya dengan membina benteng pemecah ombak di sepanjang pantai menggunakan batu granit yang besar dan ia tidak mampu dilaksanakan oleh pemilik calet kerana kos yang tinggi.
Penyelia Seri Chap CT Chalet, Mohamad Awang pula berkata, sebahagian pagar kawasan rekreasi caletnya turut musnah dalam tempoh dua hari selepas ombak kuat menghakis tebing resort berkenaan.

You Might Also Like